Sunday, May 10, 2009

PEMIKIRAN KEPENYELIDIKAN GURU

Salam buat semua warga pendidik,

Saya berpandangan bahawa dalam kalangan kita kedapatan kemerosotan pemikiran kepenyelidikan. Saudara/i sedia maklum bahawa penyelidikan banyak memberikan sumbangan dalam apa jua organisasi. Di sekolah dan IPGM, kita bergelumang dengan pelbagai masalah yang boleh dibuat kajian dan merumuskan untuk mencetuskan idea untuk membangunkan modul tindakan yang dapat membantu meningkatkan profesion keguruan.

Saya contohkan di sini, PPSMI. Perbincangan mengenainya telah tersasar jauh dalam kalangan warga Malaysia. Saya ingin menzahirkan bahawa antara punca kegagalan ialah ketandusan pemikiran kepenyelidikan dalam kalangan warga pendidik di sekolah dimulai oleh ketua di sekolah. Sebenarnya, mohon pakat buat semakan, pihak KPM telah menyediakan satu cd yang sarat dengan pemikiran kepenyelidikan yang sangat baik untuk diterokai. Apa yang berlaku ialah hampir tiada siapapun di sekolah yang pedulikan cd berkenaan.

Pemikiran kepenyelidikan dalam cd berkenaan dapat membantu kita mengenalpasti bidang-bidang atau konstruk-konstruk kelemahan pelajar dan senarai pelajar yang terlibat. Penyelidikan ini dapat membantu kita untuk menfokus bidang sasaran dan pelajar sasaran untuk tujuan penambahbaikan. Ini sebagai contoh sahaja.

Sekian, tq.

Thursday, April 23, 2009

SALAM MUHIBBAH


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya mengalukan pandangan daripada pendidik dan sesiapa yang berminat dengan profesion pendidikan untuk berinteraksi dalamblog ini sebagai suatu perkongsia pintar yang konstruktif. Semoga perbincangan berkenaan akan membuahkan kesepakatan kita untuk membina modal insan yang cemerlang di Dunia dan Akhirat.

Sekian. Terima kasih.